Saturday, February 18, 2012
Saturday, February 4, 2012
PRODUK TIMUR TENGAH
Produk2 kesihatan dari Timur Tengah adalah produk terbaik bagi mencegah,merawat dan mengubat pelbagai masalah kesihatan.
Pati Kurma
KHASIAT JUS KHURMA
Mencegah sembelit
Menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran
Memperkukuhkan lagi urat-urat rahim wanita
Memudahkan proses bersalin
Meredakan tekanan darah tinggi
Menguatkan otot
Melegakan batuk
Mencegah sengal-sengal badan
Menambah tenaga
Mencegah dan merawat kanser usus
Menguatkan ingatan
Menguatkan tenaga seksual
Anti kanser
Melancar pengaliran darah
Merawat masalah buah pinggang
Mencuci organ hati
Mencegah Insomnia
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)
Buah yang diwahyukan dalam Al-Quran. Tiada keraguan baginya. Wajib disimpan dan dijadikan makanan harian. Tidak perlu tunggu bulan Ramadhan. Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan - Hadis Riwayat Muslim.
Sangat sesuai untuk:
1. Ibu-ibu mengandung, selepas bersalin, sedang menyusu.
2. Bayi dan kanak-kanak, pelajar, orang dewasa dan warga emas.
3. Menahan lapar, mengurangkan selera dan menurunkan berat badan.
Senarai Produk-Produk Edaran Kami
1- Cuka
*Kurma
*Epal
*Anggur
*Delima
2- Pati
*Delima
*Kurma
*Carob
*Mulberry
3- Minyak
*Zaiton
*Avocado
*Apricot
*Saffaron
*Habbatussauda
*Biji Anggur
4- Madu
*Madu habbatussauda
*Madu Sarang
*Madu Gunung
Cuka Delima
ANTARA KHASIAT CUKA DELIMA
Ekstrak delima boleh menghalang dan mengurangkan pemendapan kolesterol pada pembuluh darah
Menurunkan tekanan darah tinggi - membantu melindungi badan dari serangan penyakit kardiovaskular
Melancarkan peredarah darah, sekaligus mengelak berlakunya kekejangan dan kekakuan pada anggota badan
Unsur flavenoids melindungi otak dan menguatkan memori
Membantu mengawal radikal bebas yang boleh menyebabkan lemah ingatan, pergolakan emosi dan kemurungan
Mengurangkan sakit kepala yang keterlalu dan mengurangkan kekerapan sakit kepala (migraine)
Mengandungi enzim organik untuk membantu melawaskan sistem pembuangan, sekaligus membantu menurunkan berat badan
Membekal tenaga segera untuk memulihkan keletihan dan kelesuan badan, menjadikan anda lebih cergas dan segar
Mempercepatkan penyerapan kalsium dengan berkesan. Tulang anda lebih tumpat dan tidak rapuh sebelum masa, insyallah
Cuka Epal Hijau
CUKA dalam Bahasa Melayu, Vinegar dalam Bahasa Inggeris dan KHAL Dalam Bahasa Arab
Sabda Rasulullah S.A.W ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
Rahsia orang Arab mampu makan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja tanpa risau terkena penyakit-penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, kolestrol, obesiti, gaut, batu karang dan pelbagai lagi masalah kesihatan.
Khal dalam bahasa Arab adalah bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti kurma, epal, anggur dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus menjadi alkohol, seterusnya bertukar menjadi yis, kemudian bertukar menjadi asid asetat dan akhirnya menjadi KHAL.
Menurut Ibnu Sina dalam kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib, Tahqiq dan Ta'liq oleh Said Al-Lahham, Juzuk 1 Darul Fikri Bairut tahun 1414H m/s 908-909
Khal dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan
menyucikan darah
memperbaiki masalah pencernaan di perut
memperbaiki masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan
mengatasi masalah kalestrol yang tinggi
menstabilkan asid dan garam dalam badan
membuang keracunan di badan (toksik)
masalah rahim
menguatkan gigi, mata dan telinga
mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan
Menurut Ibnu Qaiyyim Al-Jauziyyah (691-751 H) dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi m/s 233
Khal bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut
membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu
Khal dapat melancarkan susu ibu
Merawat masalah gangguan haid
mengatasi masalah limpa
menghilangkan masalah dahaga
membersihkan darah
membantu sistem penghadaman yang kasar
KHAL BERUPAYA PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KRONIK YANG DIGERUNI ZAMAN INI, ANTARANYA DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL, OBESITI, JANTUNG, KANSER USUS SERTA LAIN-LAIN.
Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya serta orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai ke hari kiamat.
Risalah ringkas KHAL/CUKA ini adalah satu penyelidikan dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai masalah penyakit dan kesihatan.
APA ITU KHAL?
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.
SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI saw TENTANG KHAL
Maksudnya : Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)
Perhatian : Dalam hadis sahih di atas, Rasulullah saw mengulangi sebanyak dua kali perkataan
( نعم الاءدام الحل ) Maksudnya (”Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”). Dalam kitab-kitab perubatan Islam, ulamak perubatan Islam menyebutkan bahawa pengulangan sebanyak dua kali oleh Nabi saw ini adalah satu penegasan dan kepentingan KHAL untuk kesihatan umatnya.
Terjemahannya : Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d) dari Nabi saw, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 3318)
PERHATIAN!
Pertama: Kita dapat lihat sendiri bahawa Rasulullah saw dalam hadis di atas Maksudnya, “Ya Allah berkatilah pada KHAL”. Rasulullah saw memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum KHAL, sudah pastilah doa Rasulullah ini dimakbulkan oleh Allah kerana Baginda adalah kekasihNya dan pastilah juga terdapat rahsia kepentingan KHAL oleh tubuh badan yang diciptakan oleh Allah SWT.
Kedua: Hadis di atas ada menyebutkan perkataan Baginda saw “ ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
Ketiga: Saranan atau galakan Rasulullah saw dalam hadis ini tentang sabda Baginda saw maksudnya “dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah”. Ini dapat kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada di rumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut.
Perlu diambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan, penegasan dan galakan dari Rasulullah saw kerana Baginda tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Najmu, ayat 3 bermaksud “Dan tidaklah Muhammad itu berucap sesuatu dengan hawa nafsunya melainkan wahyu (Allah) yang diwahyukan,” Allah Maha Mengetahui kehendak tubuh badan manusia, diberitahu melalui Nabi saw untuk hambaNya.
SEBAHAGIAN DARIPADA KENYATAAN KHAL OLEH ULAMAK PERUBATAN ISLAM SILAM.
Kenyataan dari Saiyidina Ali (karramallah) " نعم الأدام الخل يكس المر ويحيي القلب "
Terjemahannya : “Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati.” Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.) " طب الأمأم علي " oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida’, Bairut, 1418, muka surat 320 - 325.
KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU IBNU SINA (TAHUN 370 - 428 H) DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI AL-TIB ( القانون فئ الطب ) TAHQIQ DAN TA’LIQ OLEH SA’ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN 1414H, MUKA SURAT 908 - 909.
Terjemahannya : “KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
(Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, ( صيدلية ابن سنا ) , Syarah dan Tak’lik oleh Ridho’ Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725 - 727)
KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691 - 751 H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI ( طب النبوى ) DARUL KITAB AL’ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.
Terjemahannya: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).
KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?
KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.
KHAL DAN PENJAGAAN BADAN (SLIMMING) SECARA SEMULAJADI
KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.
KHAL juga membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti). KHAL mencepatkan proses awet muda, badan yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. KHAL juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit.
RAHSIA KELEBIHAN KHAL, SATU PENGALAMAN YANG MENGKAGUMKAN MELIHAT “ORANG ARAB DAPAT MAKAN KAMBING SEEKOR HANYA UNTUK DUA TIGA ORANG SAHAJA.
Kebaikan KHAL/CUKA BUAH masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
Campuran KHAL DAN MADU menurut kitab-kitab perubatan Islam ianya dapat mencepatkan tindakbalas kesihatan badan serta penyembuhan pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah ubat yang turun bersama wahyu. (Lihat surah Al-Nahl, ayat 65 - 69)
KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol, lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi. KHAL dapat mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.
Cuka Epal Merah ( Apple Vinegar )
Antara Khasiatnya :-
1. Merangsang pemecahan lemak
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emosi, kreativiti, hafalan dan kepintaran anak-anak
5. Melawaskan usus besar dan kecil
6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
7. Masalah kulit seperti jerawat
8. Menghalang penyerapan atau timbunan lemak
9. Meningkatkan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
12. Mencegah dan mengawal selulit
13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
14. Meredakan sakit dan sengal sendi
15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga kesihatan jantung dan pengelak barah
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.
Minyak Avocado Asli
BUAH Avocado mungkin tidak sepopular buah-buahan import lain seperti epal atau kiwi yang sudah lama berada di pasaran negara ini.
Bagaimanapun bua h yang berbentuk lonjong berwarna hijau ini sebenarnya mengandungi khasiat pemakanan yang hebat.
Di kalangan wanita di negara ini mungkin sekian lama tahu mengenai buah avocado ini tetapi tahap pemahamannya hanya setakat digunakan dalam produk kecantikan.
Avocado sebenarnya mempunyai rasa yang lemak dengan isinya yang halus.
Ia bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja malah boleh dipelbagaikan cara masaknya seperti snek, salad, pencuci mulut atau sup.
Baru-baru ini Euro-Atlantic Sdn. Bhd., pengimport buah-buahan di negara ini mengundang Jodie Campbell selaku penyelaras kursus dan latihan dari Agri-Science Queensland untuk menyampaikan ceramah mengenai Rasa Avocado Australia.
Ceramah yang disampaikan di Berjaya University College of Hospitality (BUCH) di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, itu bertujuan mendedahkan tentang kelebihan nilai pemakanan buah avocado.
Jelas Jodie, avocado Australia memang istimewa kerana ia didatangkan daripada ladang yang terpilih supaya kualiti dan khasiatnya terjamin setelah dieksport.
''Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K,'' katanya.
Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.
Katanya, hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol.
Selain itu, katanya, buah itu juga kaya dengan vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan dan juga kanser.
''Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta,'' katanya.
Katanya, buah itu juga sesuai sebagai makanan bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya.
Jelas Jodie, buah avocado Australia terdapat dalam dua jenis iaitu hass di mana berbentuk lonjong dengan kulitnya agak menggerutu berwarna hijau yang bertukar menjadi gelap dan ungu setelah masak.
Manakala jenis shepard pula berbentuk lonjong macam pir yang berwarna hijau dengan kulit lebih licin dengan rasa isi lebih lembut dan lemak.
Katanya, disebabkan bahagian luar avocado agak lembut maka ia perlu dipegang dan disimpan dengan cermat supaya tidak mudah lebam.
Minyak Zaitun Asli
Pernahkah anda mengamalkan salah satu pemakanan sunnah iaitu minyak zaitun? Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat yang elok untuk kesihatan. Ianya diambil dari pohon Zaitun yang tumbuh merata bermula dari Iran, Syria dan Palestin sehinggalah ke seluruh Mediterranean sejak 6,000 tahun dahulu.
Minyak zaitun bukan sahaja terkenal di Eropah dan Timur Tengah malah hampir ke seluruh dunia mengamalkan minyak zaitun tidak kira di dalam masakan mahu pun penjagaan kesihatan. Bagi umat Islam minyak zaitun sudah diamalkan sejak 1400 tahun dahulu oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda memang menganjurkan umatnya mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan seharian. Nabi Muhammad menggunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut.
buah zaitun organik
Pohon zaitun yang penuh berkat ini disebut di dalam Al-Quran dalam Surah At-Tin: ayat 1, Surah Al-Mukminun: ayat 20 dan Surah An-Nur: ayat 35.
“Demi (buah) tin dan (buah) zaitun.” (At-Tin: 1)
“Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak…” (Al-Mukminun: 20)
“…pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh….” (An-Nur: 35).
Pohon zaitun juga disebut di dalam hadis:
”Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.
”Ada minyak zaitun, makanlah, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.
Antara khasiat minyak zaitun:
Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
Antioksidan dan antikanser
Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
Membekal vitamin E yang tinggi
Kecantikan (kulit dan rambut)
Kestabilan asid lemak
Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
Kegunaan massage therapy
Berkesan untuk bisul, ruam lampin, dan gatal-gatal
Cara penggunaan minyak zaitun:
Campurkan 2 sudu ke dalam setiap masakan
Sapukan ke muka bagi kecantikan wajah dan menghilangkan parut jerawat
Ambil secara mentah sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari
Minyak Saffaron
APAKAH ITU ZA’FARAN?
ZA’FARAN iaitu Saffron atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai ‘King of Spices’.
Stigma bunga Za’faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.
Za’faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.
Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.
KHASIAT ZA’FARAN
(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)
” Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
” Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
” Sakit kepala atau migrane dan asma” Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
” Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
” Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
” Bengkak hati atau hipatitis A dan B
” Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
” Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
” Menambahkan tenaga zahir dan batin
” Masalah mati pucuk, sembelit
” Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
” Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
” Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
” Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
” Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
” Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
” Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya’ Allah
Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai ” King Of Spices “. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A’li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:
“Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”
KEISTIMEWAAN ZA’FARAN
ZA’FARAN adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.
ZA’FARAN banyak digunakan sebagai bahan perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi bermutu tinggi (Flavoured Tobacco), untuk industri pemakanan, pewarna dan lain-lain kegunaannya.
KEISTIMEWAAN DAN KHASIAT ZA’FARAN
1. DARI SEGI PERUBATAN
Dios Cerides – seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZA’FARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak.
Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZA’FARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZA”FARAN dapat mengelakkan system pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994)
Di Eropah ZA’FARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan. Kini ZA’FARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan di mana warnya yang keemasan itu di manfaatkan.
Di Mesir, ZA’FARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai:
” Membantu pencernaan makanan” Menghindarkan batuk dan radang paru-paru” Mengurangkan maslah tidak boleh tidur malam” Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi” Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut” Air anti spashodic
ZA’FARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh ‘therapist’ dan pengusaha-pengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti:
” Melancarkan haid yang tidak menentu” Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin” Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala” Membantu menenangkan jiwa yang tertekan Di negara-negara Asia larutan ZA”FARN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan. Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar.
ZA’FARAN bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat ‘filamen’ daripad ZA’FARAN tersebut ke dalam susu dan diminum.
2. UNTUK MASAKAN
ZA’FARAN telah menjadi bahan terpenting dalam masakan antarabangsa. Di India ZA’FARAN mempunyai banyak kegunaan di dalam nasi, minuman dan pencuci mlut. Di Negara Teluk, tetamu dihidangkan dengan minuman di mana campurannya ialah kopi ZA’FARAN dan sejenis rempah (cardamurui) serta dihidangkan bersama ZA’FARAN.
Sirap yang menyegarkan juga di sediakan dengan ZA’FARAN. Di Sepanyol sejenis masakan yang menggunakan ZAA”FARAN ‘Spanish Cuisine’ sangat terkenal diseluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah ‘Spanish cuisine’ tersebut.
Penggunaan meluas ZA’FARAN di Sepanyol sebagai ramuan masakan boleh digambarkan dengan di beberapa buah buku masakan silam seperti Libro Del Arte De Cocina (1599 Ad) De Diego Granado, Libro De Paste Leria (1611 Ad)
Di Itali “Rissoho A La Milanese” adalah makanan termasyhur. Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan ‘Cake Za’faran’. Di Jepun penggunaan ZA”FARAN juga bertambah dan mereka juga gemar memakan ikan yang dihidangkan secara mentah bersama ZA”FARAN kerana ianya menambahkan lagi kelazatan ikan tersebut dan mengeluarkan warna keemasan pada daging ikan tersebut.
3. UNTUK MINYAK WANGI
Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, ianya juga digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil ‘ZA”FARAN ATTAR’ ianya mengeluarkan jenama bertaraf antarabangsa.
4. INDUSTRI TENUSU
ZA’FARAN telah memberikan warna yang cantik dan menyerikan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan kelazatan dan Za’faran juga digunakan dalam membuat ais krim.
5. TEMBAKAU BERPERISA
Kebanyakan di India di mana mereka menggunakan tembakau berperisa Za’faran yang dipanggil “Za’farn Zarda”. Ianya menjadi sungguh enak.
6. INDUSTRI MAKANAN
Telah digunakan secara meluas termasuk makanan yang telah diproses.
7. BAHAN PEWARNA
Catatan sejarah menunjukkan bahawa banyak bangsa di dunia menggunakan ZA’FARAN yang keemasan sebagai bahan penyeri kulit seperti bangsa Irish, India, Jepun dan lain-lain serta pakaian. Sehingga sekarang sami-sami buddha masih menggunakan ZA’FARAN sebagai bahan pewarna bagi kain selempang yang mereka gunakan serta di dalam lukisan-lukisan mereka.
8. POKOK ZA’FARAN
Za’faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian saintis membuktikan bahawa Za’faran berpotensi digunakan sebagai salah satu eleman penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit. Penggunaan Za’faran bukan sahaja dapat mencerahkan kulit, sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah, Za’faran adalah jawapannya. Bagi ibu-ibu mengandung Za’faran dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Za’faran mempunyai nilai perubatan. Za’faran berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.
9. KESESUAIAN FARMASIUTIKAL
Seperti lain-lain rempah, Za’faran juga terkenal dengan kelebihan farmasiutikal dari zaman dahulu dan daripada penyelidikan sains moden, dari segi kegunaannya di dalam ubatan tradisional dan herba. Kini, Za’faran juga digunakan dalam menghasilkan ubatan menggantikan bahan kimia. Kajian membuktikan bahawa Za’faran adalah bahan terpenting untuk ubatan kimia dan akan menjadi satu revolusi di dalam industri farmasiutikal.
Minyak Biji Anggur
GRAPE SEED OIL
Minyak Biji Anggur atau Grape Seed Oil mungkin agak kurang popular di Negara tropika seperti Malaysia. Faktor cuaca yang panas serta keadaan muka bumi di Negara kita menyebabkan buah tersebut sukar tumbuh disini. Kita lebih mengenalinya sebagai buah dari iklim sejuk yang enak dan mahal harganya.Tetapi ramai yang tidak tahu khasiat yang tersembunyi di dalamnya. Hasil kajian pakar-pakar dari Jerman sebenarnya telah lama menemui keistimewaan biji anggur terutama bahagian bijinya.
100% BIOAKTIF ANTIOKSIDA SEMULAJADI
Grape Seed Oil dan Grapesul mengandungi phytonutrien istimewa yang ditemui pada buah anggur yang dinamakan Polyphenols. Pada tahun 1985, Prof Jacques menemui polyphenols yang terdapat di dalam buah anggur dan bijinya mempunyai lebih Oligomere Proanthrocyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrient yang lain.
Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di negara beriklim sejuk. Ini kerana ia juga dikenalpasti sebagai produk dari sumber alam semulajadi yang mampu mencegah atau menyekat tumbesaran tumor atau ketumbuhan, antisclerosis dan merangsang keupayaan sel-sel.
Apa itu OPC?
OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih kuat dari Vitamin C
Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakan bahan antioksida dan unsur semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan, berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur. Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna. Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.
Harga : RM 32.00 ( Termasuk Kos Penghantaran )
Minyak Apricot
Portal Maklumat Rawatan Kanser
Biji Apricot Vitamin b17 Mencegah Dan Mengubati Kanser
vitamin b17 boleh di dapati dari biji apricot…
Mengubati penyakit Kanser
Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.
Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.
Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.
Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.
Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh….masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot…
Kebanyakan orang mengambil vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.
Kelebihan Vitamin B-17 biji Apricot
· Merawat & membunuh kanser
· Merawat penyakit kencing manis
· Merawat penyakit jantung
· Merawat penyakit gout
· Anti penuaan
· Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma
· Mengurangkan berat badan
· Melancarkan sistem penghadaman
· Melancarkan sistem peredaran darah
· Seimbangkan kandungan gula dalam darah
· Menurunkan kolesterol dalam darah
Harga : RM 32.00 ( Termasuk Kos Penghantaran )
Minyak Habbatussauda
Habbatus Sauda dalam hadis Nabi ?
Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda di dalam Hadis baginda yang dipetik daripada kitab Ash Shahihain:
“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).
Di antara bahan kandungan Habbatus Sauda adalah Fixed Oil (saturated and unsaturated), Minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin serta Asid Amino.
Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa efek. Terdapat ulasan berdasarkan ilmu kedoktoran yang menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lainnya :
Antiinflamasi - mengubat perih/radang tenggorokan
Antiarthritis - mengubati rheumatik
Analgesik - mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain)
Mengatur haid dan meningkatkan aliran susu
Antiseptik - mengubati bau mulut
Antivirus - mengubati demam dan flu
Dermatologi - mengubati jerawat dan ekzema
Mengubati saluran kumuh dan batu ginjal.
Sistem imunisasi - meningkatkan daya tahan tubuh untuk mengelakkan penyakit.
Harga : RM 32.00 ( Termasuk Kos Penghantaran )
Jumaat, 20 Mei 2011
Minyak Delima
LAGI KHASIAT MINYAK BIJI DELIMA
PATI MINYAK BIJI DELIMA SHiFFA HOME DARI TURKEY
Minyak biji delima merupakan minyak kecantikan selain minyak kelapa dara, minyak zaitun, minyak biji anggur dan minyak avocado
Minyak Biji Delima kini mendapat sambutan yang luar biasa. Harga sebotol Minyak Biji Delima Shiffa ialah RM50 (SM), RM55 (SS)
Minyak biji delima ini dihasilkan secara cold-pressed dari biji delima yang penuh khasiat dan kaya anti-oksida. Ia memiliki semua khasiat seperti yang terkandung dalam jus, pati dan cuka tetapi nilainya lebih padat, di mana hanya tujuh titik minyak ini sudah menyamai khasiat satu sudu kecil pati delima.
1. Mengandungi asid punika (sejenis anti-oksida yang jarang ditemui pada buah-buahan lain) dan asid ellagik yang tinggi, berserta dengan ciri-ciri esrtogenik semulajadi, ia dapat menyegarkan kulit yang kusam, menggalakkan penghasilan sel-sel baru dan menghilangkan kedutan halus pada kulit
2. Menyubur dan meningkatkan keanjalan serta memperbaiki struktur kulit. Ia merangsang keratinocyte proliferation untuk menguatkan lapisan kulit, mengatasi masalah kekeringan kulit dan merawat kesan sunburned
3. Bersifat anti-mikrobial dan anti-inflamatori, Minyak Biji Delima digunakan untuk merawat masalah kulit seperti ekzema, kulit kering bersisik, kesan matahari dan psoriasis
4. Merupakan minyak yang bertekstrur ringan, mudah meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak dan berkilau pada permukaan kulit. Maka, ianya sesuai untuk penjagaan semua jenis kulit termasuk kulit berjerawat dan sensitif
5. Memberi kesan seri pada kulit, merapatkan pori-pori, menyegarkan kulit, memperbaiki tahap keanjalan kulit, melambatkan proses kedutan dan mengimbangi kadar PH kulit (asid-alkali)
6. Memulih kesan luka, calar, sunburned dan memudarkan parut lama dan baru (termasuk parut demam campak dan luka jahitan) serta menghilangkan kesan regangan (sewaktu hamil atau selepas program menurunkan berat badan) - sapu dan urut pada bahagian berkenaan
7. Gunakannya setiap hari untuk mendapatkan tona kulit yang cerah dan sekata. Ia juga boleh manghalus, melicin dan melembutkan kulit
8. Minyak biji delima digunakan untuk mengatasi masalah jeragat yang serious. Disarankan menggunakan MBD dua kali sehari selama tiga bulan berterusan untuk melihat hasil yang memuaskan
1. Titiskan 3-5 titik Minyak Biji Delima ke tapak tangan, kemudian guna jari manis dan oleskan ke seluruh wajah seperti anda memakai krim pelembap. Tunggu hingga MBD menresap sepenuhnya ke dalam kulit sebelum mengenakan sebarang krim pelembap atau krim anti-penuaan lain
2. Anda boleh titiskan beberapa titik ke dalam krim pelembap kegemaran anda untuk menambah keberkesanan fungsi krim tersebut. Ambil dulu krim pelembap, calitkan atas tapak tangan, kemudian titiskan, ratakan dan oleskan pada wajah seperti biasa
Pati Delima ( Gulsan )
Antara manfaat Delima :-
Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.
Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.
Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.
Rahsia Penciptaan Buah Delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.
Delima mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah:-
· Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah
· Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal
· Membersihkan hati dan urethra
· Memperkuatkan sistem penghadaman
· Membuang lemak-lemak berlebihan
· Meningkatkan tenaga
· Mencegah ‘morning sickness’
· Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
· Mencantikkan dan mencerahkan kulit
· Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
· Boleh meghilangkan kahak
· Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin
· Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua
Subscribe to:
Posts (Atom)